Panduan Pembeli

Cara Pindahkan Coway ke Rumah Baru

Alhamdulillah di pagi yang indah ini, saya mendapat mesej daripada customer “Encik, boleh saya tahu macam mana cara pindahkan coway ke rumah baru?”

Jadi, jawapannya ialah:

Apabila anda mempunyai produk coway dan hendak memindahkannya ke rumah baru, anda perlu tahu bahawa coway “tidak menyediakan” proses delivery produk anda. Coway hanya menyediakan servis ‘buka’ atau ‘pasang semula’ produk sahaja. Namun, Coway akan memberitahu macam mana cara untuk memindahkan produk Coway dengan cara yang senang dan mudah. Antara contohnya :

Penapis udara

  • Anda perlu membuka atau tanggalkan sahaja plug wayar produk anda (colour hitam) dan anda boleh terus mengangkatnya ke dalam kereta, lori ataupun van.

Penapis Air

  • Firstly, Anda boleh membuat panggilan dengan technician Coway, tapi sebab benda ini mudah sangat, Technician Coway akan biasanya cadangkan atau minta anda untuk buat sendiri.
Cara Pindahkan Coway ke Rumah Baru
  • Anda perlu tengok pada anak panah warna pink itu dan perlu pusingkan tombol suis ikut anak panah dari atas ke bawah. (tujuannya untuk menutup aliran air paip anda supaya tidak melimpah).
  • Kemudian, tengok pada garisan double hijau itu pula dan anda perlu menggutingkan atau memotong tiub yang bewarna biru dan oren. (apabila nak pasang balik semula, Technician Coway akan sambungkan semula tiub ‘biru dan oren’ anda dengan tiub yang baru)
  • Lastly, anda perlu memotong tiub berwarna biru dan oren yang bersambung di bahagian belakang produk Coway.

Tips seterusnya, disebabkan produk Coway agak berat. Anda disarankan untuk keluarkan dahulu semua air daripada dalam produk Coway anda. Air Coway yang dikeluarkan itu boleh disimpan dalam botol atau bekas. Setelah selesai membuka produk penapis air, anda perlu membuat appointment dengan Coway.

 

Ada 2 cara untuk membuat appointment. Antaranya ialah:

  1. Anda boleh dapatkan pertolongan daripada cody (service). Mereka akan membantu anda untuk set appointment ‘relocation’ menggunakan SMS.
  2. Anda juga boleh menelefon Coway careline di 1-800-888-111. Kemudian, anda dail nombor 4 untuk bercakap terus dengan operator (Eksekutif Coway careline).

Alhamdulillah, selesai. Mudah je kan proses untuk pindahkan coway?

Okay actually ada satu lagi customer tanya saya, ‘Adakah bayaran atau extra charge yang akan dikenakan jika membuat pemindahan Coway?’

Alright jawapannya ialah, kalau anda baru pertama kalinya berpindah dan hendak memindahkan produk Coway, maka “free of charge” dan tiada extra caj dikenakan.

Kalau anda nak berpindah rumah baru pada setiap tahun. Katakan memang anda kena berpindah rumah atau saja suka-suka nak pindah-randah setiap tahun, jadi servis pasang semula yang ‘Pertama dalam tahun baru’ tidak dikenakan caj.

Contoh tahun ni, bulan Februari 2021. Anda hendak berpindah rumah. Jadi caj pasang semula untuk masa ini adalah percuma. Dan katakan, bulan Januari tahun depan, 2022 anda hendak berpindah rumah sekali lagi, jadi caj pasang semula produk anda masih lagi percuma sebab ianya dikira sebagai servis yang pertama dalam tahun baru.

Tetapi jika hanya kalau anda berpindah rumah kali ke-2 atau lebih dalam tahun yang sama, barulah technician Coway akan kenakan caj pada anda. Contoh, anda hendak berpindah sekali lagi pada bulan Oktober 2021. Ingat ya, coway tak bagi percuma lagi tau.

Apa yang saya boleh kongsikan kadar caj pasang semula produk buat masa ini RM60 (kalau tak silap). Mungkin boleh berubah-ubah mengikut T&C Coway.

Alhamdulillah, Harap maklumat ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk anda. Saya harap dengan penjelasan ini anda boleh faham dengan mudah dan senang. Jika anda mempunyai apa2 persoalan mengenai topik ini, boleh menghubungi saya di WhatsApp atau email.

Have a nice day and stay safe !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *