Panduan Pembeli

Syarat Untuk Trade-In Produk Coway Kepada Produk Coway Yang Lain

“Encik, saya nak tanya boleh ke nak trade-in tukar produk coway yang lain?”

Jawapannya, ya boleh.

Anda boleh tukar produk dari Coway ke Coway selagi mana ia berada dalam kategori yang sama. Contohnya, kalau sekarang anda guna produk penapis air, anda hanya dibenarkan untuk tukar ke penapis air sahaja.  Anda tidak boleh tukar ke produk kategori lain.

Produk Coway pada masa ini terbahagi kepada 4 jenis kategori.

  • Penapis Air (Water Purifier)
  • Penapis Udara (Air Purifier)
  • Bilik Air & Dapur (Bathroom & Kitchen)
  • Penapis Luar (Outdoor)

Okay, berbalik untuk tukar produk Coway ke Coway sekarang, anda perlu memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu.

 

Syarat Trade In

Jika dulu anda membeli produk Coway dengan skim bulanan atau sewa beli/rental, anda mestilah menunggu sehingga cukup 5 tahun guna pakai produk itu.

Kenapa 5 tahun?

Ya, 5 tahun tanpa ada sebarang tunggakan bayaran. Ini kerana syarat untuk apply Ex-Trade ialah produk Coway mestilah sudah menjadi hak milik anda dulu. Kiranya, anda dah tak berhutang apa-apa dengan Coway lagi.

Lamanya nak tunggu. Boleh tak kalau saya nak tukar sekarang? Ada tak kelonggaran ke untuk customer ni?

Sebenarnya melalui kontrak sewa beli/rental anda dibolehkan untuk tukar produk tanpa perlu tunggu sampai 5 tahun. Kerana dalam kontrak Coway, ada satu syarat yang dipanggil minimum kontrak. Berdasarkan jenis produk Coway, ada yang minimum kontrak 3 tahun dan ada yang minimum 5 tahun atas sebab Coway membuat promotion. Jadi, anda perlulah mengetahui dan mengambil cakna tentang kontrak sewa beli/rental dengan agent Coway yang anda sudah berurusan.

Baik, apa itu ‘Minimum Kontrak’ dalam Coway?

Ia merupakan tempoh masa di mana anda mestilah menggunakan produk Coway tanpa boleh membuat sebarang penukaran dan memberhentikan kontrak ke produk Coway yang lain.

Ini adalah kerana, anda terikat dengan kontrak Coway minimum selama 3 tahun. Selepas tu, anda nak tukar ke produk lain ke, nak berhenti guna Coway ke, itulah adalah pilihan anda kerana syarat minimum kontrak anda telah pun penuhi.

Sekiranya anda mahu juga untuk terminate kontrak Coway sebelum habis 3 tahun, anda perlu membayar penalti pada Coway sebelum anda boleh pulangkan balik produk ke pihak Coway.

Jadi, pada pendapat saya better anda tunggu sampai habis 3 tahun baru lah plan untuk tukar atau terminate produk Coway.

Next, untuk customer yang membeli produk Coway dengan pembelian tunai atau outright/cash. Perlu ke anda menunggu tempoh masa tertentu untuk tukar ke produk Coway yang lain?

Baiklah, kalau macam ni anda boleh tukar bila-bila masa anda mahu kerana apabila anda dah membuat pembelian secara tunai, anda sudah pun membayar harga penuh pada Coway.

Jadi, Bukankah produk Coway yang anda bayar penuh tu automatik akan jadi hak milik anda?

Anda tidak terikat dengan syarat-syarat tertentu kontrak Coway kerana produk Coway anda dah menjadi hak milik anda.

Alhamdulillah, selesai sudah penjelasan saya kali ini mengenai syarat penukaran produk Coway. Saya harap anda dapat faham dengan jelas, jika ada pertanyaan lagi tentang tajuk ini boleh WhatsApp atau pm saya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *